Error
  • JFTP::login: Unable to login
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode

ISILAH DADA KITA DENGAN AL-QURAN

Oleh Muhammad As-Syakir Ismail

REMBAU – Adalah amat malang sekali umat yang diturunkan oleh Allah SWT didalamnya al-Quran hari ini semakin meminggirkan kitab suci itu. Pengerusi Jawatankuasa Akidah Negeri Sembilan, al Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki berkata, Allah SWT menurunkan al-Quran dalam bulan Ramadan ini sebagai petunjuk dan penerang kepada manusia.

"Setiap yang ada dalam al-Quran adalah mulia, apatah lagi jika al-Quran itu ada didalam dada kita…tentulah ia juga mulia,’’ katanya semasa menyampaikan tausiah sempena majlis Nuzul Al-Quran di Madrasah al Hasaniah, Kampung Bukit Sembilan, Chengkau, dekat sini baru-baru ini. Majlis itu ihadiri lebih 2,000 tetamu terdiri daripada pelajar tajaan Yayasan Telekom Malaysia (YTM), pelajar rangkaian pendidikan Yayasan Sofa, ahli pengajian sempena Ihya’Ramadan.

Kata al Musnid Dato’ Syeikh, jika al-Quran itu mulia disisi setiap manusia yang mengamalkannya, maka sudah tentulah mereka juga mulia disisi Allah SWT. "Sesungguhnya Allah SWT memelihara al-Quran dan tiada sesiapa pun yang boleh memesongkan isi kandungannya. Jangan harap ada pihak yang cuba mencari kekurangan al-Quran ini,’’ tegasnya yang juga Pengasas Yayasan Sofa.

Tegas al Musnid Dato’ Syeikh lagi, apa yang mengecewakan pada hari ini ialah umat yang diturunkan al-Quran itu tidak menghargai kemuliaan kitab suci ini. "Ada yang cuba menjauhkan diri dari al-Quran. Berusahalah mendekatkan diri dengan al-Quran,’’ katanya. Untuk itu kata al Musnid Dato’ Syeikh, yang pertama perlu kita lakukan ialah rasa cinta dan sayang kepada al-Quran ini.

"Bila kita sudah sayang, maka kita tidak akan tinggalkan al-Quran. Seperti tuan-tuan, bila sudah sayang seseorang, setiap malam tidur tak lena. "Berdoalah agar al-Quran sentiasa ada dalam dada kita. Sesungguhnya tiada yang terjadi sebelum, ketika ini dan selepas ini melainkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran. "Baca, fahami isi kandunganya, amal dan jagalah kemuliaan al-Quran ini,’’ tegasnya.