Error
  • JFTP::login: Unable to login
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode

Kolej Islam As-Sofa

 

Pada peringkat awal penubuhan Kolej Islam As-Sofa ini, pihak Yayasan Sofa telah mengambil alih sebuah institut yang semakin merosot prestasinya dengan cara melakukan pertukaran lembaga pengarah dan Ketua Eksekutif. Pada 23 JUN 2011, Kolej Islam As-Sofa telah sempurna beroperasi. Kolej Islam As-Sofa mempunyai matlamat yang tinggi dalam melahirkan graduan yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam kemuliaan akhlak dan keterampilan diri sebagai generasi Islam. Oleh sebab itu Kolej Islam As-Sofa menerapkan sistem pembelajaran yang mengandungi dua elemen penting iaitu akademik dan diniyyah. Aspek akademik diterapkan kepada pelajar dengan cara pembelajaran yang moden dan teratur mengikut sistem yang telah diwajibkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Manakala bagi elemen diniyyah pula, setiap pelajar akan diwajibkan untuk menghadiri kelas keagamaan secara bertalaqqi (berguru) untuk mendalami ilmu-ilmu agama, mereka akan mengkaji sumber asal kitab dan ilmu tersebut dan akan diberikan penjelasan dan penerangan oleh guru yang berpengalaman dengan menggunakan sistem pembelajaran yang moden dan sistematik.

Kolej Islam As-Sofa menawarkan beberapa program Diploma Islam antaranya Diploma Syariah Islam, Diploma Usuluddin, Diploma Kewangan Islam dan Diploma Pentadbiran Islam. Program Diploma di Kolej Islam As-Sofa dijalankan selama 2 tahun.

 

 

 

 

 

Pendaftaran Pelajar Kolej Islam As-Sofa 2012