Error
  • JFTP::login: Unable to login
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode

Majlis Ilmu Yayasan Sofa

Oleh Muhammad As-Syakir Ismail

KUALA LUMPUR – Yayasan Sofa menjemput orang ramai untuk memeriahkan empat majlis utama –

pengkhataman bacaan Sohih al Bukhari; majlis pembacaan Musalsal Bil`Asyarah dan meraikan Huffaz al-Quran dan Sambutan Isra’ Mi’raj pada 16 (Sabtu) dan 17 Jun (Ahad) ini. Yang Dipertua Yayasan Sofa, al Fadhil Ustaz Abdullah Abdol Razak berkata, majlis berkenaan akan dihadiri Pengasas Yayasan Sofa, al Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki serta tetamu khas ulama’ jemputan, Dr Sayyid Nafi’ ibn al Arabi al Sanusi al Hasani.

 

 

Yang Dipertua Yayasan Sofa, al Fadhil Ustaz Abdullah Abdol Razak

"Saya menjemput umat Islam, ahli ilmu, muslimin dan muslimat untuk hadir ke majlis ilmu yang dianjurkan Yayasan Sofa ini di dua lokasi iaitu Madrasah Al Hasaniah (Sekolah Tinggi Islam As-Sofa), Kampung Bukit Sembilan, Chengkau, Rembau dan Dewan Utama Universiti Islam As-Sofa, Dataran Sentral, Seremban,’’katanya di sini hari ini.

Katanya, para pelajar dibawah institusi pendidikan Yayasan Sofa iaitu Darul Quran wal Hadith (DaQwaH) dan Kolej Islam As-Sofa (KIS) dari Ampang, Selangor akan `berkampung’ selama dua hari di STIAS untuk majlis ilmu tersebut.

Madrasah Al Hasaniah

Mengulas lanjut program pengkhataman Sohih al Bukhari yang dijadualkan bermula pukul 4.30 petang, 16 Jun (Sabtu) di Mardasah Al Hasaniah/STIAS, Rembau, Ustaz Abdullah berkata, sepanjang bulan Rejab yang mulia, para ulama Hadith Ahli Sunnah Wal Jamaah akan mengadakan majlis pembacaan Sohih Bukhari dengan mengkhatamkannya.

"Kitab yang mengandungi 7,350 Hadith Sohih oleh Imam Bukhari dibaca oleh penuntut ilmu di hadapan guru mereka.

"Pembacaan dan pengkhataman ini merupakan amalan tradisi yang diamalkan oleh ulamaturun temurun bagi melahirkan, membina dan membentuk suasana cintakan ilmu serta mampu menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam menuju kepada keredhaan Allah SWT.

"Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa amalan ini tidak dilakukan di negara kita dan mungkin kita merasa majlis tersebut adalah satu amalan yang ganjil rentetan begitu kurangnya Ahli Hadith yang benar-benar mempunyai sanad dan pernah mengkhatamkan Sohih Bukhari di hadapan Masyaikh mereka,’’ ujarnya.

Ustaz Abdullah memberitahu lagi, al Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki merupakan pencetus amalan tersebut, menjadikan amalan membaca dan mengkhatamkan bacaan Sohih Bukhari setiap tahun sebagai silibus dan kelebihan utama buat semua intitusi pendidikan di bawah Yayasan Sofa. Beliau telah memulakan langkah awalnya dengan membaca dan mengkhatamkan bacaan Sohih al Bukhari dihadapan gurunya secara talaqqi dan mengambil ijazah dari hasil pembacaan tersebut.

"Para Pelajar di intitusi pendidikan Yayasan Sofa diwajibkan menyertai bacaan Sohih al Bukhari sehingga khatam kemudian mereka akan dianugerahkan dengan pengijazahan sanad mengkhatamkan bacaan tersebut, dibuka bacaan tersebut pada awal Rejab dan akan mengkhatamkannya pada 27 Rejab.  "Pengkhataman bacaan tersebut akan diadakan selari dengan sambutan Isra’ Mi’raj dan akan dianugerahkan pengijazahan sempena pengkhataman bacaan Sohih al Bukhari tersebut,’’ katanya lagi.

Sesungguhnya majlis yang penuh dengan keberkatan ini amatlah baik dan satu amalan yang begitu mulia kerana Kitab Sohih Bukhari merupakan kitab yang begitu agong dan menjadi sandaran umat Islam kerana terlalu banyak Hadith-Hadith yang memberi pengajaran, kesedaran, kemuliaan dan sebagainya kepada umat Islam.

Sementara itu, pada 17 Jun iaitu hari Ahad pada pukul 9.30 pagi di Madrasah Al Hasaniah/STIAS, Rembau, Ustaz Abdullah menjelaskan Yayasan Sofa juga menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis Pembacaan Musalsal Bil’Asyarah.

"Kita sedia maklum bahawa Yayasan Sofa tidak pernah kering dengan majlis-majlis yang berkonsepkan ilmiah.  "Program ilmiah yang menjadikan amalan kita mempunyai sandaran serta keberkatan di samping mewujudkan satu hubungan ilmiah dan menjalinkan satu ikatan hubungan yang sampai kepada Rasulallah SAW.

"Terdapat sepuluh sanad yang akan dibacakan dan akan diijazahkan oleh Dr. Sayyid Nafi’ ibn al Arabi al Sanusi al Hasani,’’ katanya.

Sepuluh sanad itu ialah:

1. Hadith galakkan berkasih sayang

2. Musalsal menyatakan kasih

3. Musalsal memakai selendang dan mentalqinkan zikir

4. Musalsal menganugerahkan tasbih

5. Musalsal bersalaman

6. Musalsal menyuapkan manisan

7. Musalsal memberikan minum

8. Musalsal suffiah

9. Musalsal perawinya bernama atau bergelar Hasan

10.Musalsal membaca Surah al Asr ketika bersurai

Mengenai majlis meraikan Huffaz al-Quran, Ustaz Abdullah memberitahu, dua institusi di bawah Yayasan Sofa iaitu DaQwaH dan STIAS telah melahirkan beberapa generasi yang mengkhatamkan 30 juzu’ hafazan al Quran.  "Kini sekali lagi seramai 10 orang pelajar telah berjaya menghafaz dan menerapkan 30 juzu’ al Quran dalam ingatan dan sanubari mereka. "Dengan itu pihak Yayasan Sofa begitu berbesar hati untuk mengadakan majlis bagi menzahirkan kegembiraan dan meraikan kejayaan para pelajar tersebut,’’ katanya.

Tambah Ustaz Abdullah, majlis pengkhataman al-Quran ini akan diadakan pada pukul 8.30 malam, 16 Jun (Sabtu) di Madrasah Al Hasaniah/STIAS, Rembau dan akan dimulakan dengan pembacaan oleh pelajar tersebut dari surah ad Dhuha hingga ke surah an Naas. ``Mereka akan diberikan sijil dan penganugerahan ijazah sanad serta pengiktirafan oleh al Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki yang turut disertai dan diiringi oleh ustaz-ustaz yang memberi tunjuk ajar kepada mereka,’’ ujarnya.

Mereka ialah:

1. Mohd Amir Naqiuddin bin Amir Huzairi

2. Muhammad Syahir bin Samsudin

3. Muhammad Redhwan bin Abdul Aziz

4. Muhammad Amir Zahirulhaq

5.Amirul Arif bin Samlin

6.Muhammad Amirul Asyraf

7. Engku Muhammad Alfizry

8. Muhammad Syazzan bin Nizam

9. Nur Hazirah binti Abdul Rahim

10. Norafifah binti Abdullah

Sementara itu pada pukul 7.30 malam, 17 Jun (Ahad) bertempat di Dewan Utama, Universiti As-Sofa, Dataran Sentral, Seremban akan dianjurkan sambutan Isra’ Mi’raj.

Universiti As-Sofa


"Majlis ini juga akan dihadiri oleh al Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki serta Dr. Sayyid Nafi’ ibn al Arabi al Sanusi al Hasani,’’ katanya. Justeru, Ustaz Abullah menyeru orang ramai supaya datang berama-ramai memeriahkan majlis sambutan program ilmu dan kebesaran Islam yang dianjurkan oleh Yayasan Sofa ini.

KAMI MENANTI ANDA DI STIAS DAN UAS !