Error
  • JFTP::login: Unable to login
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode

Misi dan Visi

FALSAFAH

 

Menegakkan ad-Deen (Iman-Islam-Ihsan) di bawah naungan rahmat Ilahiah, pancaran mahabbah Muhammadiah dan bimbingan ulama’ pewaris para Anbiya’.

IMAN-AQIDAH-TAUHID
Yayasan Sofa berazam mempertahankan ketulenan aqidah dan mendaulatkan Islam menurut acuan Ahli Sunnah wal Jama’ah yang sahih.

ISLAM-SYARIAH-FIQH
Yayasan Sofa mendokong penghayatan dan pelaksanaan Syariah berdasarkan tafsiran mazhab-mazhab yang mu’tabar.

IHSAN-AKHLAK-TASAWUF
Yayasan Sofa mendokong penghayatan kerohanian, bertunjangkan al-Quran dan as-Sunnah melalui manhaj ilmiyah berpandukan warisan ulama’ mu’tabar.

VISI
Berpandukan falsafahnya yang tersendiri, Yayasan Sofa berhasrat menjadi sebuah organisasi tarbiah, dakwah, pendidikan dan kebajikan Ahli Sunnah wal Jama’ah yang disegani, dihormati serta memberi impak yang besar kepada kedaulatan Islam.

MISI

  1. Menubuhkan institusi pendidikan yang berteraskan kepada prinsip-prinsip Ahli Sunnah wal Jama’ah khusus untuk melahirkan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan Ilmuwan Islam yang berketerampilan.
  2. Menjadi pemangkin kepada kepesatan kemajuan ilmu yang sahih dan bermanfaat.
  3. Menyampaikan dan menyebarkan informasi yang tepat dan sahih kepada masyarakat melalui bahan-bahan terbitan dan kajian ilmiah yang bersumberkan bahan-bahan rujukan yang sahih dan penganjuran seminar, kursus dan bengkel.
  4. Membangunkan masyarakat dan daya intelektual melalui pemantapan spiritual dan adab-adab Islami.
  5. Menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada para penuntut ilmu, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.
  6. Mengadakan sesi-sesi pengajian ilmu-ilmu Islam yang mengaplikasikan kaedah talaqqi dan sistem pengajian bersanad.