Error
  • JFTP::login: Unable to login
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode

Sekolah Rendah Islam As-Sofa

Penubuhan tahfiz ala madrasah moden ini adalah sebuah sekolah tahfiz harian sepenuh masa dan yang pertama di Bangi. Masyarakat setempat di sini mengimpikan penubuhan sekolah tahfiz di bawah bimbingan ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dengan Al-Quran sebagai panduan dan As-Sunnah sebagai ikutan, kertas cadangan telah diajukan ke Yayasan Sofa yakni sebuah institusi yang sentiasa mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah dalam dunia moden. Oleh kerana adanya titik kesamaan dalam perjuangan membudayakan ilmu di kalangan masyarakat Islam kontemporari, maka Yayasan Sofa telah menyambut baik projek ini. Penyulaman ini akhirnya berlabuh dengan lahirnya Sekolah Rendah Islam As-Sofa (SRIAS).

Pada 22 Muharram 1433H bersamaan 17 Disember 2011, SRIAS telah dilancarkan. Tanpa menoleh kebelakang, sekolah ini memulakan operasi di bangunan sementara yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah ruang hafazan, dewan solat, ruang akademik, ruang kudapan, kutub khanah, serta kawasan riadah.

Kumpulan pertama pelajar SRIAS telah memulakan pengajian pada 09 Januari 2012. SRIAS mempunyai keunikan yang tersendiri dengan penekanan terhadap 4M – Menghafaz, Membaca, Mengira & Menulis. Pembelajaran pada sesi pagi tertumpu sepenuhnya pada hafazan Al-Quran manakala pada sesi petang menjurus pada aspek pembacaan, pengiraan dan penulisan.