Error
  • JFTP::login: Unable to login
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode
  • JFTP::write: Unable to use passive mode

Hangat di pasaran

SOFA PRODUCTION

Kedai buku Yayasan Sofa terletak di:B-G-04 , Jln 13D , Desa Permai, Taman Dato' Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Semua pesanan boleh dibuat menerusi 03-42664189/ 0136524277 / 013 2726387 Emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

 

 

 

 

1. Adab Tariq – Al Arif Billah Taj Al Din Ahmad Ibn `Atoillah Al Sakandari .

Sebuah kita tasawwuf yang diterjemahkan dari sebuah kitab Bahasa Arab yangbertajuk `Unwan al Taufiq di Adab al Tariq’ karangan empunya Hikam yang mashyur, al Arif billah Sayyidi Ahmad ibn `Atoillah al Sakandari. Dalam buku ini, beliau telah msyarahkan qasidah al Raaiyyah nulikan Syeikh al Syuyukh, Abi Madyan al Ghauth Rahimmatullah, seorang ulama’ terkemuka di Morocco dalam arena kerohanian.

 

2. Kesempurnaan Rasulullah SAW – Al Hafiz Muhammad ibn Isa ibn Saurah al Tirmizi dan diterjemahkan oleh al Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki.

Kitab yang memaparkan kesempurnaan akhlak dan kejadian Rasulullah SAW ini dikeluarkan sempena Ma’al Hijrah pada tahun 1428H. Kitab yang bertajuk `Kesempurnaan Rasulullah SAW’ ini merupakan kitab yang diterjemahkan dari kitab Mukhtasar al Syamail al Muhammadiyyah yan gdisusun oleh Abdul Majis a Syarnubi al Azhari. Pada asalnya, kitab al Syamail al Muhammadiyyah karya Al Hafiz Muhammad ibn Isa ibn Saurah al Tirmizi mengandungi 412 hadith tetapi setelah diringkaskan maka ia mengandungi sebanyak 328 hadith sebagai memudahkan dan lebih mendekati pembaca.

3. Perbendaharaan yang mewangi dari taman Rasulullah SAW – Dikeluarkan oleh al Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki

Islam itu agama yang indah, sempurna dan kaya dengan pelbagai khazanah dan perbendaharaan yang mewangi. Namun, ramai dari kalangan umat Islam yang tidak mengetahuinya lantaran tidak mengenali agama sendiri. Islam juga menyediakan jalan yang mudah untuk kita mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda tanpa perlu bersusah payah. Rasullulah SAW telah mengungkapkannya dengan jelas bagi umatnya supaya mereka berusaha untuk mencari gali khazanah yang tersimpan. Dalam kitab kecil ini dipaparkan dalamnya antara perbendaharaan tersebut yang dipetik dari kitab `al Kanz’ karya Dr. Hasan Jamal al Din.

4. Aqidah Islam – Sheikh Al Islam Al Habib Abdullah Ibn Alawi Al Haddad – Huraian oleh al Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki (Dikeluarkan sempena Program Talaqqi Intensif 2012)

Bagi Mahasiswa/Mahasiswi Malaysia di DaQwaH dan Kolej Islam As-Sofa, Januari 2012) Kita yang bertajuk Aqidah Islam ini adalah karangan al Imam Syeikh al Islam Habib Abdullah ibn Alawi al Haddad, imam bagi imam-imam ahli arifin dan ketua bagi ketua-ketua ulama’ amilin dan Mujaddid abad ke-12. Melihat kandungannya yang padat dalam menjelaskan tentang aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah, bersih dari fahaman yang salah dan mempunyai penerangan yang cukup jelas, kitab ini telah mendapat perhatian yang besar dari ulama dunia Islam. Ia amat sesuai untuk bacaan umum.

5. Ringkasan Surah al Fatihah – Al Imam Al Jalil Al Hafiz Ibnu Kathir Al Dimasyqi Kitab ini adalah terjemahan dari kitab Mukhtasar Tafsir Ibni Kathir karangan al Hafiz Ibnu Kathir

untuk kita bersama-sama hayati dan tadabbur isi kandungannya. Ia dinamakan surah al Fatihah kerana dibuka bacaan di dalam solat dengannya. Ia juga dinamakan Umm a Kitab (Induk al Quran). Al Fatihah juga mempunyai nama-nama lain seperti al Hamd (pujian), al Syifa’ (penyembuh), al Waqiyah (penjaga), al Kafiyah (pengawal) dan Asas al Quran. Dalam kitab ini juga diberikan pentafsiran dan huraian mengenai surah al Fatihah ini. Segera dapatkan kitab ini di Kedai Yayasan Sofa, Ampang, Selangor.

 

Para Ikhwan sibuk membeli buku di kaunter jualan yang disediakan di Universiti As Sofa, Seremban

Sebahagian koleksi buku dan cakera adat yang dipamerkan di Kedai Buku Yayasan Sofa, Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang, Selangor.